FAQ

Apa itu platform perdagangan?

Ia adalah gabungan perkakasan dan perisian yang membolehkan pengguna (pedagang) untuk membuat dagangan dan menyediakan akses ke maklumat tentang pasaran kewangan kepada mereka.

Adakah saya perlu memuat turun sebarang perisian ke PC saya untuk berdagang?

Tidak, anda hanya perlu membuka akaun di laman OLYMPTRADE

Bagaimana untuk melihat rekod perdagangan saya?

Anda boleh menyemak rekod perdagangan anda di Papan Pemuka bahagian "Dagangan".

Apakah waktu yang dipaparkan pada platform?

Waktu yang ditunjukkan pada platform adalah sepadan dengan waktu pengguna (menurut zon waktu anda).

Mengapa dagangan tidak dibuka dengan serta merta?

Ia biasanya mengambil beberapa saat untuk menerima data dari pelayan, itu adalah sebab mengapa dagangan tidak membuka dengan serta merta. Proses ini biasanya mengambil sehingga 4 saat.

Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat ralat sistem semasa saya memuat platform?

Jika terdapat ralat teknikal, pertama sekali anda harus memadam cache dan kuki dalam pelayar anda. Anda juga harus memeriksa bahawa versi terkini pelayar yang dipasangkan sedang digunakan. Jika tindakan dan memuat semula laman tidak membantu dan ralat masih berlanjutan, sila hubungi bahagian sokongan teknikal.

Apakah waktu yang dianggap sebagai waktu perdagangan yang paling aktif?

Aktiviti perdagangan matawang bergantung pada waktu operasi ruang perdagangan utama dan semakin pesat apabila berita utama ekonomi diumumkan. Sesi perdagangan yang paling aktif adalah sesi Eropah dan Amerika, contohnya, sesi Eropah berlangsung dari 06:00 am hingga 03:00 pm UTC. Sesi Amerika berlangsung dari 1:00 pm hingga 10:00 pm UTC

Ingat bahawa berdagangan dalam pasangan matawang USD / RUB berlangsung dari 7:00 am hingga 5:00 pm UTC.

Adakah terdapat akaun demo?

Kami menawarkan akaun demo dengan 10,000 unit maya dalam matawang anda supaya anda boleh menilai manfaat platform perdagangan kami.

Berapakah amaun dagangan minimum?

Amaun dagangan minimum di OLYMPTRADE ialah $1 $ / €1 (bergantung pada matawang akaun anda).

Apakah amaun dagangan maksimum?

Jumlah dagangan maksimum ialah $2000 $ /€2000 (bergantung pada matawang akaun anda).

Jumlah dagangan maksimum untuk klien VIP ialah $5000 $ / €5000 & (bergantung pada matawang akaun).

Adakah terdapat sebarang had pada posisi?

Dagangan maksimum untuk setiap instrumen bagi klien biasa ialah $10,000 / €10,000 & (bergantung pada matawang akaun).

Dagangan maksimum untuk setiap instrumen bagi klien VIp ialah $10,000/ €10,000 & (bergantung pada matawang akaun).

Jumlah dagangan maksimum untuk semua aset perdagangan bagi semua pengguna ialah $20,000 / €20,000 & (bergantung pada matawang akaun).

Apa itu carta/graf garis?

Ini adalah carta jenis berterusan yang berdsarkan suapan harga. Carta ini mewakili hubugan linear antara sebut harga yang sentiasa berubah untuk aset dagangan pertukaran. Plot carta dilakukan dalam talian.

Apa itu graf lilin (candlestick)?

Ini ialah jenis carta yang dihasilkan menggunakan lilin Jepun. Ia membentuk lilin berdasarkan data jarak waktu tertentu (tempoh masa). Contohnya, lilin dengan tempoh 15 saat bermakna badan lilin terbentuk sepanjang 15 saat dan lilin baru bermula selepas tempoh ini berakhir.

Terdapat tiga jenis lilin:

  1. Lilin hijau bermaksud harga menaik sepanjang tempoh itu.
  2. Lilin merah bermaksud harga menurun sepanjang tempoh itu.
  3. Lilin yang tidak terbentuk bermakna harga tidak berubah sepanjang tempoh itu.

Carta lilin amat berguna untuk analisis teknikal.

Apa itu lilin Heiken Ashi?

Lilin Heiken Ashi ialah penunjuk yang mengatur carta lilin, mengemaskan naik turun harga dan menjadikan carta lebih jelas dan bermaklumat. Ini ialah instrumen yang berguna dan popular antara pedagang moden.

Heiken Ashi menggunakan formula istimewa yang mengandungi:

  • Tahap buka Heiken Ashi - nilai purata harga pembukaan dan penutup lilin standard sebelumnya (Tutup + Buka)/2
  • Tahap tutup - nilai purata harga tinggi, rendah, pembukaan dan penutupan lilin semasa (Min+Max+Buka+Tutup)/4;

Oleh itu, yang tinggi ialah nilai tertinggi antara pembukaan, penutupan dan harga tinggi lilin semasa; rendah ialah nilai terendah antara pembukaan, penutupan dan harga rendah lilin semasa.

Terdapat beberapa jenis Heiken Ashi:

  1. Lilin hijau tanpa bayangan rendah - pergerakan menaik yang kuat
  2. Lilin hijau dengan bayangan - biasanya muncul pada permulaan atau penghujung pergerakan menaik
  3. Lilin dengan badan kecil dan bayangan panjang pada kedua-dua sisi - menandakan kebalikan trend yang mungkin berlaku.
  4. Lilin mreah - biasanya muncul pada permulaan atau penghujung pergerakan menurun
  5. Lilin merah tanpa bayangan atas - pergerakan menurun yang kuat

Kelemahan utama penunjuk Heiken Ashi ialah jeda carta harga.

Apa itu tempoh masa?

Ia adalah skala masa harga pada platform perdagangan. Jika anda memilih tempoh masa 10 minit pada carta garisan, anda boleh melihat sebahagian daripada carta harga untuk 10 minit terakhir. Jika anda memilih tempoh masa "5 minit" pada carta lilin Jepun, setiap lilin akan menunjukkan bagaimana harga berubah sepanjang tempoh ini (jika ia menaik, lilin akan berwarna hijau; jika ia menurun, ia berwarna merah).

Selang waktu berikut digunakan pada platform: 15 saat, 1, 5 dan 15 minit.

Apa itu zoom?

Zoom adalah ciri carta tambahan yang membantu anda menggunakan bilangan data bersejarah yang lebih besar dalam tempoh 24 jam. Ciri ini membenarkan pedagang untuk skrol melalui sejarah carta untuk waktu tertentu, zoom masuk dan keluar dari segmen carta tertentu. Skrol zoom adalah perlu untuk analisis teknikal, matlamatnya adalah untuk menemui pola tempoh bersejarah carta tersebut. Di OLYMP TRADE zoom adalah di bawah carta sebut harga.

Apa itu opsyen dan bagaimana cara untuk memperdagangkannya?

Opsyen ialah alat pasaran saham untuk menghasilkan wang dengan meramal sama ada harga aset akan menaik atau menurun. Pedagang boleh menghasilkan lebih banyak wang jika harga hanya berubah sebanyak 1 poin. Untuk maklumat lanjut sila lihat bahagian "Bagaimana untuk bermula".

Bagaimana untuk mula berdagang?

Anda mesti mendaftar di laman web kami: OLYMPTRADE.COM.

Selepas pendaftaran selesai, akaun perdagangan dibuka secara automatik, dan anda boleh membuat deposit. Di OLYPTRADE amaun dagangan minimu ialah $1 / €1, dan deposit minimum ialah $10 / €10.

Opsyen ialah alat yang sangat mudah untuk pedagang pemula.

Algoritma perdagangan terdiri daripada hanya beberapa langkah:

  1. Pilih aset.
    Di OLYMP TRADE anda mempunyai akses ke aset-aset berikut: EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD, USD/CHF, USD/RUB, AUD/USD, EURRUB, USD CAD, EUR JPY, EUR CHF, Bitcoin, Apple, Boeing, Facebook, Google, IBM, Tesla, Coca-Cola, McDonald\'s, Microsoft, Visa, Starbucks, COMMODITIES, perak, emas, BRENT, DAX, S&P 500, NASDAQ, Dow Jones, AUD/CAD, AUD/CHF, AUD/JPY, AUD/NZD, CAD/CHF, CAD/JPY, СHF/JPY, EUR/AUD, EUR/CAD, EUR/GBP, EUR/NZD, GBP/AUD, GBP/CAD, GBP/CHF, GBP/JPY, GBP/NZD, NZD/CAD, NZD/CHF, NZD/JPY, NZD/USD, USD/SGD, USD/MXN, USD/NOK, USD/CLP, gas semula jadi (NG), tembaga, platinum, CAC 40, EURO STOXX 50, Hang Seng Index, Nikkei 225, RUSSELL 2000, FTSE 100, BMW, Nintendo.
  2. Tentukan jumlah pelaburan.
    Bayaran anda akan berbeza bergantung pada pelaburan anda. Jika anda membuka opsyen dengan berjaya, keuntungan anda adalah hingga 100%. Keuntungan anda bergantung secara langsung pada volatiliti pasaran. Semakin tinggi volatiliti, semakin tinggi keuntungan anda.
  3. Tetapkan tempoh yang mana selepasnya ramalan anda harus dibuktikan tepat (tempoh pelaksanaan).
    Di OLYMPTRADE anda mempunyai tempoh masa dari satu minit hingga 3 jam.
  4. Tentukan sama ada harga aset akan menaik atau menurun dan tekan sama ada butang Naik (jika anda ramal kenaikan harga), atau butang Turun (jika anda ramal penurunan harga).
  5. Tunggu sehingga dagangan tamat tempoh.

Bagaimana cara untuk memadam akaun  saya?

Akaun hanya boleh disekat. Untuk menyekat akaun anda, anda perlu menghubungi bahagian sokongan klien di support-my@olymptrade.com atau anda boleh menghubungi kami: +60 (3) 921 262 41

Apa itu volatiliti pasaran?

Volatiliti ialah kepelbagaian Volatiliti – ketidakstabilan, kepelbagaian harga pada bursa sepanjang tempoh tertentu. Dalam kata lain: ia adalah penunjuk kewangan statistik berkenaan kepelbagaian harga. Untuk pedagang ia adalah penunjuk yang sangat penting, kerana, apabila memilih aset, pedagang harus tahu naik turun yang tertakluk kepadanya. Kiraan volatiliti membolehkan penilaian risiko pelaburan dalam aset tertentu. Semakin tinggi volatiliti, semakin tinggi risiko. Pada masa yang sama, kiraan volatiliti juga membolehkan pedagang menganggar keuntungan berpotensi.

Apa itu masa pelaksanaan opsyen (tempoh tamat)?

Ini ialah tempoh masa, pada penghujung tempoh ini dagangan ditutup secara automatik, iaitu, dilaksanakan. Di OLYMPTRADE anda boleh memilih tempoh waktu dari 1 minit hingga 3 jam.

Harap maklum bahawa anda boleh batalkan dagangan sendiri. Jika anda sedar bahawa ramalan anda tidak tepat dan carta bergerak ke arah yang salah selepas dagangan dilaksanakan, anda boleh membatalkan dagangan anda dan mengelak daripada kehilangan kesemua pelaburan anda. Dalam bahagian "Dagangan Saya" (dalam lajur Jual) anda boleh melihat amaun bayaran balik jika dagangan dibatalkan (anda boleh menerima hingga 120% pelaburan bergantung pada bila dagangan dibatalkan). Jika anda mahu membatalkan dagangan, anda perlu klik butang dengan amaun pulangan dan kemudian sahkan penjualan awal.

Apa itu aset?

Aset termasuk pasangan matawang, saham, indeks dan komoditi. Aset dasar ini adalah asas kepada mana-mana opsyen. Apabila anda berdagang opsyen, anda boleh memperdagangkan pasangan matawang, komoditi (emas, minyak), indeks bursa saham utama dan saham. Anda boleh melihat senarai lengkap aset dan tempoh dagangan untuk setiap satu di bahagian berkenaan di laman web kami Assets».

Bagaimana untuk menutup dagangan secara awal?

Di platform Olymp Trade anda boleh menutup dagangan sebelum tempoh tamat opsyen. Bayaran balik bergantung pada perubahan harga set. Semakin aktif pergerakan carta harga ke arah yang terpilih, semakin besar bayaran balik apabila opsyen dijual. Jika carta harga bergerak menentang ramalan anda, jumlah bayaran balik mungkin mencapai sifar. Bayaran balik maksimum yang mungkin ialah hingga 120% jumlah pelaburan. Hinna 100% untuk aset matawang aset. Dengan menjual dagangan, anda boleh mendapat higga 20% keuntungan bersih tanpa menunggu hinnga tempoh tamat. Fungsi jual dagangan akan menjadi tidak aktif jika masa yang tinggal ialah kurang daripada 1/6 tempoh tamat.

Apa itu kecairan aset?

Kecairan ialah kapasiti sesuatu aset untuk dijual dengan cepat dengan kerugian kewangan minimum berkait dengan kelajuan penjualan. Dalam kata lain kecairan bermaksud wang yang boleh ditukar. Matawang adalah aset yang paling cair. Kedua paling cair adalah sekuriti kukuh. Pada pasaran sekuriti, kecairan boleh bergantung secara langsung kepada jumlah perdagangan sesuatu aset dan pada bilangan tawawan beli dan jual semasa. Logam berharga di tempat ketiga. Logam seperti emas, perak, platinum dan paladium adalah komoditi dagangan-pertukaran. Harganya ditentukan di pusat dagangan global di New York dan London. Jongkong logam ini boleh dijual pada bila-bila masa dengan kerugian minimum.

Semakin cair aset, semakin kurang risiko untuk pelabur.

Apa itu opsyen 'call' dan 'put'?

Opsyen call dibeli jika pedagang percaya bahawa harga aset terpilih apabila opsyen dilaksanakan akan menjadi lebih tinggi berbanding bila ia dibelikan.

Opsyen put dibeli apabila pedagang percaya bahawa harga aset terpilih apabila opsyen dilaksanakan akan menjadi lebih rendah berbanding bila ia dibelikan.

Anda boleh mengetahui maksud istilah opsyen yang penting di bahagian "Istilah".

Apa itu sistem perdagangan?

Ia adalah sistem beberapa komponen yang membantu pedagang membuat keputusan sama ada untuk membuka dagangan. Sistem ini termasuk satu atau lebih alat analisis (analisis asas, teknikal, graf) syarat-syarat khusus untuk penggunaannya, peraturan pengurusan wang dan sikap psikologi. Strategi Perdagangan - algoritma yang menggunakan penunjuk dan alat analisis lain dan satu set peraturan spesifik untuk melaksanakan dagangan. Strategi perdagangan ialah sebahagian daripada sistem perdagangan.

Adakah saya kehilangan deposit jika harga pembelian adalah sama dengan harga penunaian?

Deposit tidak hilang; dalam kes ini kos opsyen dipulangkan kepada pedagang.

Apa itu dagangan bebas risiko?

Contoh: had dagangan bebas risiko islah $100. Ini bermakna selepas pengaktifan, anda boleh membuka dagangan untuk jumlah yang tidak melebihi 100USD itu. Jika ramalan anda salah, kami akan pulangkan hingga 100 USD ke akaun perdagangan anda.

Anda boleh mengaktifkan amaun dagangan yang kurang daripada had dagangan bebas risiko.. Contoh: had dagangan bebas risiko islah $100. Anda telah mengaktifkan dagangan bebas risiko, tetapi memasukkan USD80 sebagai "amaun dagangan". Jika ramalan anda salah, kami akan pulangkan USD80 ke akaun anda. Namun demikian, perbezaan antara had dagangan bebas risiko dan amaun dagangan terpilih tidak akan dipulangkan.

Bagaimana pedagang menghasilkan wang dengan pasaran Forex?

Pedagang forex menghasilkan wang daripada perbezaan kadar pertukaran untuk matawang dan aset lain. Contohnya, seorang pedagang yakin bahawa kadar pertukaran EUR/USD akan menaik dari 1.11000 hingga 1.120000. Dia membuat dagangan UP untuk jumlah tertentu. Jika ramalan itu betul, dagangan tersebut menghasilkan keuntungan. Contoh lain: seorang pedagang yakin bahawa nilai dolar US akan menjadi lemah berbanding yen Jepun. Dalam keadaan ini dia boleh membuka dagangan Turun dan, jika kadar pertukaran USD/JPY menurun, dagangan itu juga akan menghasilkan keuntungan. Jumlah keuntungan bergantung pada jumlah pelaburan, pengganda yang digunakan dan sebanyak mana naik atau turun harga.

Bagaimana pasaran Forex berbeza daripada pasaran opsyen?

Pada pasaran Forex, keuntungan bergantung pada jumlah dagangan dan kadar kenaikan atau penurunan harga. Pedagang menentukan bila untuk menutup dagangan semasa.

Perdagangan opsyen, pedagang perlu meramal arah harga dan tempoh masa kesahan ramalan itu. Jumlah keuntungan adalah tetap: pedagang tidak boleh menghasilkan lebih daripada jumlah yang ditetapkan apabila dagangan tersebut dibuka.

Apakah kelebihan utama pasaran Forex?

Pada pasaran matawang, pedagang boleh membuat dagangan dengan jumlah yang melebihi jumlah dana dalam akaun perdagangannya. Pedagang boleh melakukan ini dengan bantuan alat perdagangan istimewa, alat pengganda. Dengan menggunakan pengganda, pedagang membuat dagangan 50/100/150/200 kali jumlah dagangan dia masukkan (jaminan). Mari kita anggap bahawa dua pedagang membuat dagangan Naik untuk pasangan EUR/USD dari 1.11000 pada masa yang sama. Pedagang pertama melabur $100 dalam dagangan itu, tetapi tidak menggunakan pengganda. Pedagang kedua juga melabur $100, tetapi menggunakan pengganda sebanyak 200. Carta EUR/USD mencapai 1.12000 dan kedua-dua pedagang menutup dagangan mereka. Pendapatan pedagang pertama adalah kira-kira $1. Keuntungan pedagang kedua adalah $200. Penggunaan pengganda membantu meningkatkan kadar pulangan, tetapi ia juga boleh meningkatkan kerugian.

Bolehkah saya memilih amaun dagangan saya sendiri?

Ya, dagangan minimum ialah $1/1 euro/100 ruble. Amaun dagangan maksimum ialah $2,000.

Berapakah bilangan dagangan yang boleh saya buka pada masa yang sama?

Tidak lebih daripada 10 pedagang bagi setiap aset dibenarkan.

Bagaimana Olymp Trade membuat keuntungan?

Syarikat mengenakan komisen untuks setiap dagangan yang dibuka, dan saiz bergantung pada saiz dagangan dan aset. Begitu juga, pedagang membayar komisen kecil untuk guling depan ke hari perdagangan seterusnya. Tiada komisen untuk menutup dagangan.

Apakah gaya perdagangan yang digunakan pada Forex?

There are three popular trading styles::

  • Intraday trading or scalping: all transactions are carried out within a day. Traders try not to roll open trades over night. It is the most popular style because it allows for making a large number of trades during a trading session with a small, but steady profit. Successful scalpers enjoy a steady income.
  • Medium-term style. Traders applying this style spend more time analyzing market trends, trying to pick the time to open a trade as precisely as possible. As a rule, trades are made for a period from two-three days to a week. Traders try not to roll trades over a weekend to protect their money as much as possible from force majeure and political events that might adversely affect the trade outcome.
  • Long-term style. The main goal of a trader applying this style is high long-term profit. Traders are ready to wait a long time to implement an investment idea. It is suitable for users with a lot of capital.

Bagaimana saya boleh melindungi pendapatan saya pada dagangan semasa dan mengehadkan kerugian saya?

To safeguard your money or lock in income on an open trade, we recommended using the automated "take profit" and "stop loss" services. When the profit set in the Take Profit parameter is reached, it is automatically locked in. If the loss indicated in the Stop Loss is reached, the trade is automatically closed.

These services are triggered even if the trader is not on the platform.

Apakah waktu perdagangan di Forex?

Forex comprises numerous platforms worldwide, so trading goes 24 hours a day from Monday through Friday. Auctions open on Monday at 9:00 pm GMT and close at 9:00 pm GMT on Friday.

Adakah komisen dikenakan untuk mengekalkan akaun?

Jika, dalam tempoh 180 hari, klien tidak melakukan sebarang operasi perdagangan (transaksi) dengan akaun sebenar mereka dan/atau tiada operasi bukan perdagangan seperti pengisian/pengeluaran dana, komisen perkhidmatan (yuran langganan) sebanyak $10 (sepuluh dolar) atau nilai yang bersamaan dalam matawang akaun akan didebitkan daripada akaun setiap bulan. Peraturan ini dinyatakan dalam fasal 3.5 Dasar Transaksi Bukan Perdagangan dan Dasar KYC/AML.

Jika baki klien tidak mencukupi untuk membayar perkhidmatan ini, jumlah komisen yang dikenakan adalah bersamaan dengan baki akaun, kemudian dana bonus dan dagangan bebas risiko akan dibatalkan. Jika klien mempunyai baki kosong, komisen tidak akan didebitkan dan hutang dengan syarikat tidak akan dikenakan.

Jika pedagang memiliki beberapa akaun tanpa aktiviti selama enam bulan atau lebih, yuran langganan akan dikenakan hanya kepada satu akaun sahaja. Syarikat mempunyai hak untuk memilih akaun untuk didebitkan. Komisen akan dikenakan sehingga klien menyambung aktiviti, iaitu sebelum operasi perdagangan atau bukan perdagangan yang pertama dengan akaun sebenar.

Untuk mengelak yuran langganan dikenakan kepada klien, adalah perlu untuk melakukan sekurang-kurangnya satu operasi perdagangan (transaksi) dengan akaun sebenar atau operasi bukan perdagangan (deposit/pengeluaran) dalam tempoh 180 hari.

Rekod yuran langganan yang didebitkan boleh didapati di bahagian Dagangan akaun peribadi.

Adakah keadaan di mana saya menghutang syarikat boleh berlaku?

No, this situation is impossible. The loss on a trade will not exceed the trade amount entered by the trader. If the trader uses a stop loss, the loss will be based on the closure of the trade at the current market price when the stop loss triggered, but the maximum loss cannot exceed the trade amount.

Henti rugi dan Ambil untung

Ambil untung menutup dagangan secara automatik pada keuntungan yang anda tetapkan. Henti rugi menutup dagangan secara automatik pada aras kerugian yang anda tetapkan dan melindungi jumlah keseluruhan dagangan.

Tetapan Henti rugi dan Ambil untung membantu menutup dagangan tepat pada masanya tanpa perlu dipantai di platform.

Untuk menetapkan Henti rugi dan Ambil untung, apabila dagangan dibuat, pasangkan ciri ini di papan pemuka anda.

Pengganda

Kelebihan utama pasaran Forex ialah pengganda. Ia meningkatkan amaun dagangan dan dengan itu keuntungan berpotensi, berpuluh-puluh kali. Saiz pengganda bergantung pada aset dan boleh bernilai 50, 100, 200, atau 500.

Pengganda hanya mempengaruhi amaun dagangan. Kerugian maksimum dihadkan kepada amaun dagangan.

Edit pengganda mengikut kemahuan anda. Untuk melakukan ini, aktifkan tetapan ini di papan pemuka anda.

Komisen

Terdapat dua jenis komisen di Olymp Trade Forex dan saiznya bergantung pada aset perdagangan dan keadaan pasaran:

  • komisen perdagangan;
  • komisen semalaman.

Ia merupakan amalan biasa untuk mana-mana mendebitkan komisen. Broker menetapkan kadar komisen mengikut budi bicara sendiri..

Komisen perdagangan:

Anda boleh melihatnya apabila dagangan dibuat. Kadar komisen bergantung pada pengganda yang dipilih.

Contohnya:

  • Anda telah memilih pengganda 500.
  • Amaun dagaangan ialah $100.
  • Ini bermaksud jumlah dagangan ialah $50,000.
  • Kadar komisen perdagangan ialah 0.024%.
  • 0.024% daripada $50,000 ialah $12.
  • Komisen perdagangan untuk membuka dagangan $100 ialah 12%.

Semakin besar pengganda, semakin besar peluang untuk memperoleh keuntungan.. Namun demikian, kadar komisen dalam kes ini adalah lebih tinggi kerana anda menggunakan dana broker untuk dagangan. Komisen maksimum dengan pengganda 500 ialah 15%; dengan pengganda lain — 7.5%.

Rollover:

Komisen semalaman didebitkan pada 9:00 pm UTC pada hari minggu. Kadarnya tidak melebihi 15% amaun dagangan dengan pengganda 500 dan 7.5% dengan pengganda lain.

Komisen tidak didebitkan pada hujung minggu.

Anda akan menjumpai kada harian semasa di bahagian spesifikasi Alatan.

Contohnya:

  • Anda telah memilih pengganda 500.
  • Amaun dagangan ialah $100.
  • Ini bermakna bahawa jumlah dagangan ialah $50,000.
  • Komisen semalaman ialah 0.01150%.
  • 0.01150% daripada $50,000 ialah $5.75.
  • Kadar komisen semalaman 5.75% daripada amaun dagangan.

Keuntungan

Anda boleh menjumpai margin keuntungan berpotensi untuk dagangan yang dibuka dengan mengambil kira semua komisen, terus di bawah carta.

Jika dagangan berada dalam kawasan hijau, ini bermakna bahawa keuntungan semasa dagangan telah meliputi semua komisen.

Keuntungan dikira menggunakan formula berikut:

(Jarak antara harga buka dan harga tutup: sebut harga buka) * jumlah dagangan - komisen.

Jumlah dagangan keselutuhan = amaun dagangan * pengganda.

Contohnya:

  • Anda telah memilih aset EUR/USD.
  • Harga buka ialah 1.11650.
  • Pengganda ialah 500.
  • Amaun dagangan ialah $100.
  • Komisen untuk membuka dagangan ialah $13.
  • Dalam masa beberapa jam harga aset meningkat sebanyak 0.0007.
  • Keuntungan ialah $18.34 (keuntungan mengambil kira dana yang disediakan oleh broker ialah $31.34 tolak komisen sebanyak $13).

Saya tidak boleh menutup dagangan

Anda boleh menutup dagangan pada bila-bila masa semasa sesi perdagangan aset. Jika anda tidak boleh menutup dagangan, tetapkan Ambil untung dan Henti rugi dan dagangan akan ditutup secara automatik apabila sesi perdagangan bermula. Anda boleh melihat jadual di halaman Aset.

Mengapa anda mempunyai satu sebut harga pembukaan?

Kami telah meringkaskan komisen untuk membuka dagangan. Kami memasukkan amaun yang dimasukkan oleh broker lain dalam spread komisen perdagangan.

Dalam pasaran Forex, spread terbentuk bukan hanya oleh keadaan pasaran, tetapi juga oleh broker, oleh kerana premium spread adalah sejenis komisen tersembunyi broker.

Kami telah mengambil keputusan untuk memudahkan komisen: anda tidak perlu membuat sebarang pengiraan. Anda melihat komisen perdagangan pada permulaan.

Adakah anda mempunyai SWAP?

Rollover dalam pasaran Forex dilaksanakan oleh pertukaran (swap) pasaran, yang mungkin negatif atau positif, bergantung pada perbezaan kadar faedah.

Kami tidak mempunyai swap, tetapi terdapat komisen harian yang mana kadarnya boleh dilihat di halaman spesifikasi Alatan.

Komisen semalaman didebitkan pada 9:00 pm UTC pada hari minggu dan tidak melebihi 15% amaun dagangan. Biasanya ia amat kurang daripada 15%.

Kami membuat keputusan untuk tidak menggunakan swap supaya menjadikannya lebih mudah untuk anda meramal amaun komisen semalaman dan membuat keputusan dengan cepat untuk menutup dagangan atau membawa ke hadapan.

Henti keluar, mengapa dagangan ditutup secara automatik?

Kami telah mengehadkan amaun kerugian kepada amaun dagangan, supaya klien tidak kehilangan deposit keseluruhan disebabkan oleh kesilapan. Ini akan membantu anda mengawal situasi, emosi dan mengunci kerugian dengan cepat. Jika ramalan anda salah, dagangan akan ditutup secara automatik apabila kerugian anda bersamaan dengan amaun dagangan.

Bolehkah saya membuka dagangan terlebih dahulu?

Untuk membuka dagangan pada masa tertentu atau pada aras sebut harga tertentu, buka suatu permintaan dagangan. Anda boleh melakukan ini di bahagian Permintaan di bawah carta.

Bagaimana cara membuat ramalan?

Anda boleh menggunakan satu daripada dua kaedah atau kedua-duanya sekaligus.

  • Analisis teknikal adalah kaedah untuk menganalisa pasaran, berdasarkan corak perubahan dalam harga aset pada masa dahulu dan masa hadapan. Untuk menentukan trend, beberapa kaedah analisis teknikal boleh digunakan: carta, lilin, penunjuk.

    Analisis carta adalah analisis corak carta yang digunakan untuk menentukan pergerakan dan kebalikan dagangan. Analisis lilin adalah analisis lilin Jepun dan gabungan yang menandakan kebalikan atau penerusan trend.

    Analisis penunjuk dilakukan menggunakan penunjuk dan oscillator. Penunjuk adalah berdasarkan pengiraan matematik dan membantu menentukan pergerakan harga. Anda boleh belajar cara untuk menggunakan penunjuk di bahagian Pengetahuan dan Pembantu.

  • Analisis asasi adalah berdasarkan kajian keadaan, saham atau industri kewangan dan ekonomi sesebuah negara. Pedagang mengkaji ramalan, berita, laporan dan penarafan untuk menentukan pergerakan harga sesuatu aset. Anda boleh melihat berita penting di Kalendar Ekonomi.

Bagaimana untuk menghitung keuntungan saya?

Keuntungan anda daripada dagangan mungkin hingga 100% jumah pelaburan. Keuntungan anda bergantung secara langsung pada peratusan pulangan. Semakin tinggi kadar pulangan, semakin tinggi keuntungan anda.

Kadar pulangan bergantung pada beberapa faktor:

  1. Persekitaran pasaran (volatiliti, kecairan)
  2. Baki dalam syarikat. Algoritma risiko automatik menentukan bilangan dagangan beli dan jual yang dibuka untuk setiap aset. Bilangan penjual dan pembeli adalah biasanya seimbang. Jika sebelah lebih berat, syarikat memotong keuntungan untuk aset yang tidak seimbang bagi menanggung kos. Walau apa pun, keuntungan daripada dagangan yang berjaya akan dibayar kepada Klien secara penuh.

Apakah amaun deposit minimum?

Amaun deposit minimum ialah $10 / €10.

Adakah komisen dikenakan untuk mengekalkan akaun?

Jika, dalam tempoh 180 hari, klien tidak melakukan sebarang operasi perdagangan (transaksi) dengan akaun sebenar mereka dan/atau tiada operasi bukan perdagangan seperti pengisian/pengeluaran dana, komisen perkhidmatan (yuran langganan) sebanyak $10 (sepuluh dolar) atau nilai yang bersamaan dalam matawang akaun akan didebitkan daripada akaun setiap bulan. Peraturan ini dinyatakan dalam fasal 3.5 Dasar Transaksi Bukan Perdagangan dan Dasar KYC/AML.

Jika baki klien tidak mencukupi untuk membayar perkhidmatan ini, jumlah komisen yang dikenakan adalah bersamaan dengan baki akaun, kemudian dana bonus dan dagangan bebas risiko akan dibatalkan. Jika klien mempunyai baki kosong, komisen tidak akan didebitkan dan hutang dengan syarikat tidak akan dikenakan.

Jika pedagang memiliki beberapa akaun tanpa aktiviti selama enam bulan atau lebih, yuran langganan akan dikenakan hanya kepada satu akaun sahaja. Syarikat mempunyai hak untuk memilih akaun untuk didebitkan. Komisen akan dikenakan sehingga klien menyambung aktiviti, iaitu sebelum operasi perdagangan atau bukan perdagangan yang pertama dengan akaun sebenar.

Untuk mengelak yuran langganan dikenakan kepada klien, adalah perlu untuk melakukan sekurang-kurangnya satu operasi perdagangan (transaksi) dengan akaun sebenar atau operasi bukan perdagangan (deposit/pengeluaran) dalam tempoh 180 hari.

Rekod yuran langganan yang didebitkan boleh didapati di bahagian Dagangan akaun peribadi.

Berapakah amaun dagangan minimum?

Amaun dagangan minimum di platform perdagangan kami ialah $1 / €1.

Adakah terdapat apa-apa yuran untuk deposit dan pengeluaran dana?

Tidak, OLYMPTRADE menanggung semua komisen.

Bagaimana cara membuat deposit?

Untuk membuat deposit ke akaun anda, anda perlu memilih bahagian «Deposit» di Papan Pemuka anda, pilih kaedah bayaran, isi amaun deposit (minimum ialah $10 / €10), dan kemudian klik butang Deposit. Anda akan ditawarkan bonus deposit. Jika anda tidak ingin bonus ini, anda harus klik butang "Batal bonus" dan ikuti arahan yang diberikan.

Bolehkah saya menggunakan kad bank untuk membuat deposit?

Ya, dengan OLYMPTRADE anda boleh membuat deposit dengan kad bank.

Bagaimana untuk mengeluarkan dana?

Bagi mengeluarkan dana, anda perlu menghantar permintaan di Papan Pemuka anda. Pergi ke bahagian "Pengeluaran", pilih kaedah pengeluaran, isikan jumlah dan klik "Hantar permintaan".

Tempoh pengeluaran maksimum ialah 5 hari bekerja, tetapi kami akan sentiasa cuba memproses permintaan anda secepat mungkin. Biasanya, 90% daripada permintaan diproses dalam masa 24 jam atau hari bekerja seterusnya.

Kaedah pengeluaran

Anda boleh mengeluarkan dana hanya ke sumber yang digunakan untuk membuat deposit. Senarai kaedah yang disediakan untuk deposit dan pengeluaran dana boleh dijumpai di sini: https://olymptrade.com/cabinet#tab=recharge

Apakah amaun pengeluaran minimum?

Amaun pengeluaran minimum ialah $10 / €10 bergantung pada matawang akaun anda.

Perlukah saya disahkan?

Pengesahan disediakan mengikut permintaan. Jika anda perlu lulus pengesahan, anda akan menerima e-mel yang menyatakan demikian semasa pendaftaran. Dokumen berikut akan diminta untuk mengesahkan klien:

  1. Salinan berwarna (imbasan/foto) halaman pasport atau kad pengenalan.
  2. Swafoto anda dengan dokumen (pasport atau kad pengenalan). Wajah dan data dokumen mesti jelas dilihat dalam foto.
  3. Bukti pemastautin.
  4. Pengesahan kaedah pembayaran yang digunakan untuk akaun perdagangan.

Ke mana saya harus menghantar dokumen?

Anda boleh memuat naik dokumen anda dari halaman profil. Bahagian untuk memuat naik dokumen dibuka selepas menerima permintaan pengesahan anda.

Berapa lamakah tempoh pengesahan?

Pemprosesan dokumen yang dihantar oleh klien mengambil masa hingga lima hari bekerja.

Bagaimana cara untuk mendapatkan keputusan dokumen pengesahan?

Selepas pengesahan selesai, anda akan menerima notifikasi di platform dan melalui e-mel.